Skip to main content

Posts

Permulaan

Setiap perkara pasti ada permulaan. Jadi, blog ini direalisasikan kewujudannya kerana ingin mencipta satu permulaan baru. Terlalu asyik dengan media sosial yang popular pada zaman sekarang menyebabkan aku lalai dalam perkara yang aku kira lebih penting yang aku perlu lakukan dalam hidup ini. Kadang-kadang aku rasa aku seorang yang konvensional sebab setelah 13 tahun, aku terfikir untuk 'hidup'kan semula sebuah blog. Blog yang lama terlalu mengarut dan tidak berapa matang pengisiannya. Jadi, ini permulaan suatu catatan yang aku harapkan lebih relevan dan bermakna untuk kehidupan aku dan legasi aku. Juga sedikit sebanyak dapat memberi manfaat kepada yang membacanya juga. InsyaAllah.  Semalam, aku tidak boleh tidur. Aku kerap mengalaminya jika aku berfikir berlebihan tentang sesuatu. Apa yang mengganggu fikiran aku semalam adalah aku terfikir untuk memulakan sebuah perniagaan tetapi ilmu aku terlalu cetek dalam perniagaan. Aku harap dengan menulis di sini, aku akan lebih bermotiva
Recent posts